Sunday, January 4, 2009

KATA- KATA ALUAN…….

Assalammualaikum…..W.B.T……..

Haih…. Soe sesangat sebab aku dah lame tak ‘update’ blog nie… Kekadang bizi siket dengan kelas yang jadual nye memang sakit mata, hati, jiwa dan raga. Erm…. Aku bukan apa, kalo kat blok aku ada ‘wireless’ dah lama dah aku meng’update’kan blog ni sentiasa. Huhu.. Okeh sekarang berbalik pada cerita aku yang baru and the latest..

KESUSAHAN MELANDA

Semenjak jadi ‘student’ untuk semester yang kedua ni, banyak giler cabaran dan dugaan yang datang. Aku geram giler tahap raja kalam bila duet PTPTN tak masok-masok dah lebeh kurang dalam sebulan ni… Sepatotnya duet ni masok bulan Disember aritu tapi sampe sekarang takda.. Kerungsingan melanda bila duet takda… Sekarang ni nak beli buku yang harga RM10 pon tak mampu.. Lagi kan nak beli makanan…

Yang tak tahan bila tengok orang beratur reramai kat depan mesin ATM Bank Islam mesti aku ingat duet PTPTN dah msok,, Aku dan kengkawan pon apa lagi.. Dengan semangat yang membara-bara dan keseronokan melanda, secara beria-ria dan sepoyo-poyo kejadian alam, aku dan membe-membe pon ikot beratur sekali… Sebab ingat duet PTPTN dah masok… Dengan perasaan gembira dan lega berdiri lah kitorang menunggu ‘turn’ untuk mencucuk ‘Smart Card’ kat mesin ATM… Memang sangat penyabar lah aku ketika itu sebab terbayangkan kesenangan yang bakal berlaku sebentar nanti.. Dan selepas 5minet menunggu, aku pon reramai ngan membe berdiri la kat mesin ATM nak cucuk kad dan cek baki wang.. Sekali tonyoh kad kat mesin tu dan cek baki wang tahu tak apa yang keluar??? BAKI KU CUMA RM 0.87 sen sahaja.. Terasa memang ‘kaya’lah ketika itu… Aku pon terasa la macam nak bakar aje mesin ATM tu sekali bakar Universiti ni… Sambil bengang-bengang tu, aku pon wat la keje-keje amal kutip kertas-kertas baki kat tepi-tepi mesin ATM tu dan tertengok la baki wang orang… Ketahuilah wahai sekalian kaki dan tangan pihak PTPTN dan pihak pengurusan UNIVERSITI UTARA MALAYSIA bahawa bukan aku seorang ajer yang semekin dan sengkek tapi kebanyakan ‘student’ kat kolej aku pon semuanya sudah menjadi papa kedana… Sangat kasihan bila tengok situasi ni lagi-lagi kasihan pada diri sendiri dan kengkawan… Aku rasa bukan ‘student’ kat kolej aku jer yang papa kedana, aku rasa budak kolej lain kat U aku ni pon same gak.. Aku rasa memang hampeh bila tengok budak-budak senior dah dapat duet dorang… Beli barang sampe penoh satu troli.. Huhu… Makan pon mewah-mewah bak datuk dan datin.. Aku dan membe2 pon makan bese2 jer… Walopon aku ni rilek ajer tapi mesti le gelabah bewak bila duet takda… Aku bukan ada laki nak bagi aku makan kat sini, ‘Sugar Daddy’ lagi la… Jangan ingat aku ni ngah semekin nak cari duet macam tu… Kekadang bila takda duet barulah nak sedar yang duet itu penting… Aku bukan materialistik tapi masa sekarang ni sangat susah bila takda duet… Dengan duet kita buleh beli apa ajer yang kita suka termasuklah ‘hot dog’ kegemaran aku…

Sambil-sambil takda duet ni, aku pon kira la bape orang yang berhutang dengan aku… Kira-kira ada la sorang dua yang berhutang dengan aku.. aku pon dengan harapan yang menggunung pegi le hantar mesej kat dorang yang berhutang dengan menyatakan bahawa aku tengah semekin tahap pulis gaban dan sangat memerlukan wang secepat mungkin bagi menyelesaikan masalah Negara ni… Tapi bila aku tuntut duet aku, sume nye lari… Ohoho…. Duet aku nak, bila aku mintak balik utang, sume pakat calibut lari… Giler ke hapa tak nak bayar hutang??? Apa kalian semua pikir aku cop duet kah buleh pinjam tapi tak payah bayar??? Tiba-tiba aku rasa menyesal pulak buat baik dengan orang… Huhu… Apakah salahku sehingga jadi begini??? Aku tak paham okeh??? Waktu-waktu ekonomi meleset ni la aku baru kenal sape kawan dan sape yang sawan…. Hak hak hak….

Aku sudah tak tahan okeh?? Aku jugak tak paham kenapa harus macam ni… Usah dikenang la betapa susahnya hidop kat ‘Universiti Pengurusan’ ni.. Atas dasar, memang la Universiti Pengurusan tapi pengurusan nye memang lembab nak mampos tahap dewa…Aku sudah bengang okeh?? Kenapa la lembab sangat pengurusan kat Universiti ni????? Wahai kaki dan tangan pihak Universiti Utara Malaysia, bertindak lah segera memberi wang PTPTN kepada kami pelajar UUM yang sudah kehabisan wang. Sekarang nak makan pon sangat susah okeh?? Nak beli buku harga seploh hengget pon tak mampu tahu tak??? Ingat ibu bapa kami bagi wang kah setiap bulan??? Apa kamu sekalian pihak universiti ingat aku ni anak datok dan datin kah??? Tolonglah percepatkan kemasokan wang PTPTN yang sememangnya sangat diperlukan oleh para pelajar…

Saturday, December 20, 2008

Brand New Me.....




Kata Kata Aluan

Assalammualaikum.... Akhirnya terbuka jugalah blog aku yang baru ini... Alhamdulillah dan dengan rasa syukurnya, akhirnya aku berjaya juga membuka blog ini dengan bersenang lenangnya... Sebenarnya agak susah juga kerna aku bukan orang pandai-pandai... Aku buduh la bab-bab peralatan canggeh di alaf 21 ini... Terasa sangat mencabar keimanan ku sehingga aku terpaksa bertanya banyak benda kepada kedua kawanku yang bijaksana laksana cendiakawan2 dahulu kala..

Akhirnya, setelah merangkak-rangkak,mengengsot-engsot dan berjalan-jalan.. Maka,terjadilah kelahiran baru blog ini... Di sinilah luahan perasaan iaitu marah,dendam kesumat dan segalanya...Dan disinilah juga aku meluahkan rasa aku apabila sudah menjadi seorang baru dalam kehidupan yang serba baru... Menerima teman-teman yang sangat baru dan berlaku perkara yang baru dalam duniaku..

Apabila sudah bergelar mahasiswi di Universiti Utara Malaysia,hidupku berubah secara total dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap diriku yang dahulunya serba kebimbangan dan agak kemerengan... Walopon begitu, aku masih orang yang sama macam dahulu.. Transformasi yang melanda menjadikan aku seorang yang gagah perkasa di alam persahabatan... Dengan rasa gumbira yang tak terkata di jiwa menjadikan aku bahagia bila berkawan... Dan segala kebodohan diri yang melanda pada masa lalu menjadikan aku sempurna pada hari ini... Maka... Dengan ini,secara rasmi dan resminye aku membuka blog yang serba baru ini...mwahaha.....

Mari Kita Berkenalan...

Dengan ini, saya ingin memperkenalkan diri... Nama saya yang sepenohnya adalah ZALIZA BT JOHAN dan saya berasal dari Perak Darul Ridzuan.. Saya tinggal berdekatan dengan Telok Anson yang mempunyai menara condong yang tak le condong sangat... Bila bersama teman-teman, mereka memanggil saya dengan gelaran IJA...

Rasanya sudah cukop la saya memperkenalkan diri saya kerna saya sudah mengalami kekontangan idea dan kepenatan kakitangan kerna baru balik dari kelas Ecom yang jawohnye lebih kurang setengah jam perjalanan. Saya sudah mengalami kekejangan kaki dan otak.... Dah tak boleh pikir lagi... Ada paham?? Saya akan meng'update' blog ini bila bila masa lagi lain kali... Ok...

Aku ingin mengucapkan ribuan terima kaseh kepada kedua kawanku yang menyokong aku...